.. PERPISAHAN ..

" Bertemu dan berpisah adat manusia biasa,
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa "

Setiap orang daripada kita mesti pernah alami perpisahan. Kalau ada yang tak pernah pun, kita pasti akan bertemu jugak dengan perpisahan ni masa akhir hayat kita nanti. Tiba-tiba pulak PERPISAHAN ni bermain dalam fikiran aku. Kenapa? Mungkin sebab tahun ni tahun akhir aku di tempat aku belajar. Di mana? Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Diam tak diam, dah hampir 5 tahun aku di sini. Dari zaman duduk hostel sampailah ke zaman duduk rumah sewa sekarang ni. Tapi masa yang berjalan tu aku rasakan sekejap sangat. Sedar tak sedar hujung tahun ni nak kene berpisah dah dengan rakan-rakan di IPG. Awal tahun depan, masing-masing dah mula bertugas sebagai cikgu. Kadang-kadang rasa macam mimpi saja. Aku Cikgu. Itulah realitinya.


.. AkuGuru ..

Perpisahan dengan kesedihan tak boleh nak dipisahkan. Tapi bagi sesetengah orang mungkin perpisahan itu membahagiakan. Terpulang pada keadaan atau situasi masing-masing. Yang penting, kita perlu sentiasa fikir positif la. Ada hikmahnya perpisahan tu kan. Tiba-tiba ketandusan idea pulak nak bercerita soal perpisahan ini. So korang layan saja lagu ni. Mungkin ada seribu satu makna.


Perpisahan Ini - 1st Edition ft. Aizat

2 comments:

Bo0lat's Heart said...

Nice entry~
great song=)

atakaer said...

agak kebuntuan idea la..
tp lagu ni best kn?