.. APA RASA PUTUS CINTA ? ..


Bila cinta memang kita rasa indah je kan? Semua benda yang kita buat mesti ada semacam semangat je yang menyerap masuk. Tapi bila dah putus cinta tu, hilanglah semangat-semangat yang menyerap masuk tadi. Bagi orang yang dah banyak kali bercinta mungkin cinta pada mereka dah kurang harganya. Tapi sebanyak mana pun seseorang tu pernah bercinta, pasti akan ada cinta sejati. Memetik kata seorang kawan..

"Cinta sejati hanya sekali, yang kedua ketiga keempat tu semuanya ego saja.."



Tapi macam mana rasanya putus cinta ni? Jawapan pastinya ada dua la kan. OK atau tak OK. Tapi sebelum nak dapat feel yang OK tu, kena la lalui saat-saat tak OK dulu. Barulah hidup namanya. Kenapa orang tu rasa ok lepas dia putus cinta?

Sebab dia tak perlu fikir pasal perasaan orang lain dah. Tak perlu nak jaga hati sape-sape dah. Jaga hati sendiri sahaja. Sebab banyak nak jaga hati orang lain la hati sendiri yang sakit kan?

Mungkin jugak masa dia bercinta dulu, banyak benda yang dia nak buat terbatas. Sebab kene control. So bila dah solo ni dia bebas nak buat apa yang dia rasa dia nak buat.

Kenapa pula orang tu rasa tak OK bila dah putus cinta? Mungkin sebab dia rasa hidup dia kosong. Lagi-lagi bila dia tengok orang-orang sekeliling dia terutama kawan-kawan sibuk hangat bercinta.

Mungkin juga dia rasa kehilangan yang teramat sangat. Sebab dia rasa dia dah break up dengan orang yang terbaik dalam hidup dia. Memetik kata seorang kawan lagi..

"Masa benda tu ada dengan kita, kita selalu buat taktau je..Tapi bila benda tu dah tak ada, barulah kita rasa benda tu berharga sangat.."

Apapun yang kita rasa, hidup ni mesti diteruskan jugak kan. Bercinta ni perlukan komitmen. Agak-agak belum sudi nak bagi komitmen tak payah la nak bercinta ok?

video
Dari Jauh - Nabil

8 comments:

munirahatiqahmustafa said...

dear fatah;
"There is no such thing as a broken heart-only a heart that is learning to love more and better."

-adesatuyangabadidiluarsaneuntukkamoo! :)-

atakaer said...

thanx muna..
sungguh bermakna kata2 dikau..
hekhek..

munirahatiqahmustafa said...

ur welcome :)
nnty aku sign contract jd dr.love ko!haha!

Nulia said...

hurm...saya x penah becinta .. tpi , dunia ni skrg susah nak cari yg ok bila beputus ..

yg ada pun salah seorg drpd mereka materialisme , bila dah puas kikis duit dan harta teros putus and be happie ...hahahaha

drama semata-mata .... :D

echamrobben said...

best la..nak copy ayat ko ni leh x??hahaha

atakaer said...

part mane plak ayat yg besh ni..??
x prasan plak ak..copy saje,tadehal..
thanx sudi mbace

Nur Fahada Kamilah bt Rozali @ adda rozali said...

sudah tertulis semuanya ^^...

atakaer said...

ape yg da tetulis?