.. MAHER ZAIN CAKAP MELAYU ..



Siapa tak kenal Maher Zain kan? Lagu-lagu dia yang lain dari yang lain buat kita semua termasuk aku jadi tertarik. 1st lagu dia yang aku dengar dan terus terminat, For The Rest Of My Life. Jiwang sekejap time dengar lagu tu. Dekat sebulan jugak la aku dengar lagu tu hari-hari. Lepas tu datang pulak lagu InsyaAllah. Mula-mula tu rasa biasa saja. Tapi bila lama-lama dengar sangat menyentuh la. Lagi-lagi masa part..

.. Don't despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side ..

Cuba bila masa korang ada masalah apa-apa, hayati lirik yang kat atas ini. Touching beb. Tapi baru-baru ini aku memang terkejut sangat bila dengar lagu InsyaAllah ni. Dah la dengar masa awal pagi. On the way ke sekolah untuk praktikal. Dalam kereta tu ada 4 orang. Semua muka tak berminat nak bercakap. Maklumlah kan, jam dalam pukul 645 pagi. Tak berapa nak aktif lagi time tu. Dengar radio, memang tahu la macam mana starting lagu InsyaAllah. Tengah sedap melayan, Maher Zain pun start nyanyi. Memang terkejut la kan bila dengar..

.. Andainya kau rasa tak berupaya,
Hidup sendirian tiada pembela ..

Kitorang yang dalam kereta tu terus la pandang sesama kitorang. Senyum, tak perlu kata apa-apa. Tahniah Maher Zain.


video

2 comments:

shazika said...

lagu yg versi malaysia ni pon best jgk..roomate sy slalu pasang lagu nih. adoi

atakaer said...

same2 best sbnanye..
cm tkejot gak 1st time dgr..
tp kite lyn je,hehe..