.. PENJARAKAN LIDAHMU ..

Setelah beberapa lama tidak berkongsi cerita, kali ini aku nak sembang-sembang sikit pasal mulut manusia yang gemar untuk berkata-kata. Tak kiralah benda tu betul atau salah. Mungkin dah lumrah manusia agaknya suka bercerita ataupun mendengar cerita. Cuba ingat masa korang sekolah rendah dulu, kalau cikgu cakap "ok murid-murid semua, cikgu ada cerita, nak dengar tak?". Kompem korang akan jawab "Nak.." kan? Kalau boleh cerita yang disampaikan tu biarlah benda yang baik-baik saja dan bukan benda yang boleh memalukan seseorang apatah lagi benda yang tak betul. Kita ni bila dah mula bergosip tentang sesuatu, agak susah la nak stop kan.




Apa yang paling penting sebelum kita bercakap, kita kene fikir panjang dulu. Cakap tak boleh ikot sedap mulut saja. Aku sendiri pun kadang-kadang cakap main lepas. Kalau tak boleh nak lepas kat mulut, aku lepas dalam hati saja. Kadang-kadang kita tak sedar mungkin ada orang-orang yang tersinggung dengan kata-kata kita. Aku pun tak terlepas dari menyinggung perasaan orang time bercakap. Selain daripada mulut dan lidah yang Tuhan bagi, Tuhan jugak kurniakan kita akal fikiran. So, better fikir dulu sebelum kita cakap apa-apa. Lagi-lagi kalau perkara yang kita nak cakap tu mungkin agak sensitif atau menyinggung orang lain. Aku pun bukan sempurna sangat. Perkongsian kali ni mungkin lebih kepada untuk ingatkan diri aku sendiri.



.. MAK ABAH, ATA RINDU ..

Duduk termenung sorang-sorang buat aku teringat kat mak abah. Bukanlah kalau aku tak duduk termenung tu maknanya aku tak ingat kat mak abah. Cuma kadang-kadang bila termenung ni extra feeling sket aku rasa. Selalunya bila aku ada masalah memang aku akan ingat mak dan abah. Nak layan perasaan mesti ada lagu. Tiba-tiba rasa macam nak kongsi lagu yang aku dengar dengan korang semua. Lagu yang kompem buat aku menangis tiap kali aku teringat kat mak dan abah.


Lagu Abah




Lagu Mak


Cuba korang try layan lagu ni. Tapi kene hayati betul-betul la. Ingat balik benda yang lepas-lepas. Pengorbanan mak abah korang. Bagus sebenarnya buat benda-benda ni. Kira macam muhasabah diri jugak la sambil-sambil bagi korang semangat dan kekuatan untuk terus hidup dan berbakti kepada mak dan abah korang. Cuba tau!


.. FANATIK BOLA ..



Umum dah tahu yang pasukan Bola Sepak Malaysia telah menjadi juara AFF Suzuki Cup pada Disember yang lepas. Peminat-peminat Bola Sepak di Malaysia juga tiba-tiba menjadi fanatik rentetan daripada kejayaan ini. Aku juga tak terkecuali dari menerima tempias rasa fanatik ni. Jadi untuk membuktikan rasa fanatik aku tu, aku telah menghadirkan diri ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan separuh akhir menentang Vietnam dan perlawanan akhir menentang Indonesia. Kalau sebelum ni, boleh dikira la berapa kali sangat aku nak pergi tengok perlawanan bola kat stadium ni kan. So kompem la yang kali ni aku memang betul-betul fanatik. Nak cerita fanatik ni, kawan aku dari Terengganu pun sanggup turun semata-mata nak support team Malaysia.


Amerul Afiq - 23 Tahun - Dungun


Time pergi beli tiket pun suasana kat Stadium Nasional Bukit Jalil tu dah meriah. Banyak kedai-kedai yang jual jersi, topi, t-shirt dan macam-macam lagi untuk penyokong-penyokong Malaysia dan juga Indonesia. Aku ada rasa macam nak beli, tapi tunggu dulu la. Kompem masa hari perlawanan tu harga akan jadi lagi murah. Bukan berkira, tapi berjimat. Kelihatan juga wartawan dari Indonesia sudah mula membuat liputan dekat area kedai-kedai yang menjual benda-benda yang aku cakap tadi. Masa hari perlawanan, penyokong kedua-dua pasukan dah boleh masuk start pukul 3 kalau tak silap. Aku pukul 3 baru nak gerak dari rumah. So dua kerete di bawah satu naungan Perodua iaitu Myvi dan Kancil bergerak dari Klang melalui lebuhraya KESAS. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi bersama. Izwan, Izzmal, Mozart, Ejad dan tidak dilupakan Topek. Apalagi, bendera Malaysia selit kat tingkap la. Nampak sikit kefanatikan. Memang stylo lebuhraya KESAS hari tu bila ada banyak kereta yang sama-sama menyelitkan bendera Malaysia dekat kereta masing-masing. Jalan dah memang sesak dekat area stadium tu. Parking pun agak jauh la. Suasana di luar stadium memang meriah habis. Gambar kat bawah ni daripada lensa Amerul Afiq.






Macam-macam ragam manusia aku dapat tengok kat luar stadium tu. Tak sangka jugak dapat jumpa kawan-kawan IPG Kota Bharu. Lagi aku tak sangka bila dapat jumpa balik kawan-kawan sekolah menengah aku dulu. Tapi memang sangat best la melihat mereka-mereka yang datang dengan style yang tersendiri tak kira budak kecil ataupun yang dewasa. Semuanya datang dengan satu tujuan, menyokong dan mengharapkan kemenangan team Malaysia.










Ada satu benda yang aku nak share dengan korang. Dah la aku parking kereta agak jauh dari stadium. Lepas parking tu aku dengan member-member yang lain pun jalan la kaki bergerak ke stadium tu. Dah dekat nak sampai kawasan stadium tiba-tiba aku teringat sesuatu. Tiket tertinggal kat kereta la. Semua buat muka angin je dengan aku. Tapi dengan semangat kesukanan dan berpasukan yang tinggi kitorang patah balik ke tempat parking kereta tadi. Inilah semangat yang kita mahukan. Lepas ni insyaAllah aku akan post suasana dalam stadium pula. Malaysia Boleh!





.. BUKIT TINGGI , ITALY ..

Memang banyak plan time cuti semester yang lepas. Walaupun cuti cuma sebulan setengah je, plan yang ada dalam kepala aku ni macam aku cuti setengah tahun je kan. Salah satu plan aku, melancong ke Bukit Tinggi. Mungkin ada yang tahu tempat ni, mungkin ada yang tak tahu. Dekat Klang pun ada tempat nama Bukit Tinggi jugak. Tapi tempat yang aku nak pergi ni dekat Pahang, tak berapa jauh dari Hentian Genting Sempah. Kenapa aku nak pergi Bukit Tinggi? Sebabnya ramai orang cakap bangunan kat situ cantik-cantik. Ala-ala kat Europe gitu. So untuk mendapatkan kepastian, aku kene la pergi sendiri. Tak best la kan pergi sorang, nasib baik ada member-member yang sudi join aku.


SKUAD BUKIT TINGGI 2010


Walaupun misi ke Bukit Tinggi ni hampir gagal sebab ahli Skuad Bukit Tinggi termasuk aku sekali susah nak bangun pagi tu, namun kesungguhan salah seorang ahli Skuad Bukit Tinggi (Izwan) telah membuatkan ahli-ahli lain bersemangat. Konon-konon nak gerak pukul 8. Tapi memang harapan tinggal kenangan la. Pukul 10 baru gerak. Sampai je kat sana, terus cari parking. So memang aku percaya la Bukit Tinggi ni ala-ala Europe gitu. Walaupun bangunan yang cantik-cantik tak begitu banyak, tapi lepas jugak la setakat nak ambil gambar sambil berangan konon-konon ada kat Europe.







Memang seronok la ambik gambar sana sini. Lepas tu perut mula la rasa lapar. Nak makan kat situ memang tak dapat la kan. Dah bangunan pun ala-ala Europe, kedai makan pun mestilah ala-ala Europe jugak. Harga pun faham-faham sendiri la kan. Kalau nak makan Nasi Ayam, Nasi Campur, Roti Canai memang takde la aku rasa. So apa yang kitorang mampu buat ialah buat-buat tak lapar sambil telan air liur sendiri dan terus bergambar selagi termampu.








Lepas ni kalau datang lagi sini, mungkin nak bermalam sehari dua. Suasana yang tenang dan jauh dari kesibukan kota membuatkan sesiapa sahaja yang berada di sini berasa begitu selesa sekali. Macam ayat nak promote rancangan percutian bajet pulak kan. Jalan punya jalan, masing-masing macam dah kehabisan mood nak bergambar. Tapi masih cuba untuk menghadirkan mood tu.









Lebih kurang pukul 2 lebih, kitorang kembali ke tempat parking kereta. Tadi masa mula-mula datang agak penuh jugak la parking ni. Tapi time kitorang dah nak balik tu memang agak lengang kawasan parking ni. Nampaknya mood nak bergambar tu masih ada lagi. Tempat parking pun jadi la kan. Bagi korang-korang yang duduk di kawasan berhampiran ni, try la datang Bukit Tinggi ni. Tak rugi pun aku rasa. Agak berbaloi la. Terasa jugak la macam pergi Europe. Cubalah..



.. LIHATLAH DUNIA ..

Sekitar bulan November dan Disember 2010 lepas, member-member aku ramai yang telah bergraduasi. Kiranya lepas 4 or 5 tahun belajar kt universiti tu, inilah masa yang diorang tunggu. Bermula je cuti semester, setiap kali melepak diorang kompem akan cerita pasal konvo ni. Aku yang lagi setahun lebih nak konvo ni pun menghadap diorang dengan muka separuh minat. Tapi sebagai member, sokongan dan dorongan sentiasa aku berikan supaya diorang bersemangat masa hari graduasi tu nanti. Ada juga permintaan dari member-member yang mintak aku jadi photographer. Agak kelakar la kan sebabnya aku memang tak pernah terfikir untuk amik job sebagai photographer ni. Alasan diorang sebab aku ada camera DSLR milik adik aku. Untuk tidak menghampakan member, aku pun setuju. Nasib baik ada member-member aku yang separa profesional yang sudi jadi photographer dan aku hanya sekadar pembantu di saat-saat kecemasan saja.


kami bangga kawan kami berkonvo


konvo + bunga = senyum gembira


Walaupun photographer yang ada untuk konvo member aku ni separa profesional, tapi hasilnya tak mengecewakan sangat la. Bagi aku diorang ni setanding photographer-photographer profesional kat Malaysia ni. Kalau nak dibandingkan dengan photographer yang ada time konvo tu memang diorang agak psiko la. Dengan alat-alat tambahan yang ada pada DSLR diorang yang aku sendiri tak begitu arif tentang apakah alatan tersebut. Tapi apapun niat kitorang tetap sama kan? Untuk merakamkan saat-saat berharga mereka-mereka yang berkonvo.


.. MULANYA DI SINI ..

Aloha.. Aku taktau nak mulakan macam mana. Tapi aku cuba mulakan jugak. Sebelum ini pernah mencuba untuk serius dalam berblog. Tapi ternyata aku tak cukup serius tatkala itu. Dan kali ini aku sendiri taktau semangat apa yang dah datang dan akhirnya aku sendiri putuskan untuk mulakan kembali apa yang pernah aku hentikan dulu. Mungkin banyak peristiwa suka duka yang jadi sepanjang 2010 yang lepas buatkan aku jadikan blog ni tempat untuk berkongsi. Manalah tau ada sesiapa yang mungkin ada cerita yang lebih kurang sama dengan aku. Aku cuma harap aku dapat kongsikan segala cerita suka duka yang boleh kita semua jadikan manfaat dalam meneruskan hidup. Mungkin cara penulisan aku nampak sedikit formal or skema,tapi masa akan menentukan segalanya untuk korang semua kenal siapa diri aku sebenarnya. Sampai di sini dulu kali ini.


Saya blogger baru belajar..
Kalau salah tolong betulkan..